Thursday, January 21, 2010
panjang langkah ku.
wahh panjang nya langkah ku.. yea lah i kan tinggi, kaki i panjang jadi langkah i juga harus lah panjang panjang. eh tak tak. menipu gile. dah lah pendek nak mengaku tinggi pulak ;DD perasan lah weh. huhu. tak ada kena mengena dengan pendek dan tinggi. cuma nk cerita semalam pergi mid valley. mid valley je pon. buat apa? shopink? eh banyak duit zulaikha? harus lah x kan. penganggur hihi ;PP
semalam, pergi mid valley dengan satu tujuan. iaitu ambil gaji i yang sudah lama tak terambil ambil.eh bila masa i kerja? tak tak. ini gaji masa practical dulu. hah amek kau. da lame kot.my last day bulan september thn lepas. berapa bulan dah tu? tahun lepas pulak tu huhu. itulah. dari dulu i dah tanya pasal baki gaji. confident sangat jawab cakap xde. gaji bulan tu dikira 30hb ke 30hb (which selalunya dikira 21hb-21hb) lah apa lah. macam macam alasan malas i nak melayan. tapi memang tak puas hati. memang i percaya ada lagi baki gaji. even i neh xde lah pandai math tapi i masih pandai nak menilai duit i ;PP i cakap kat kawan kawan practical lain, mesti ada punya baki gaji. kitaorang pun berkira kira lah kat rumah. hah betol. dan apa lagi my friend pun pergi lah balik 2weeks after tu nak cek (last oct). hah betol ada baki gaji. then whats the problem yang konfiden sangat cakap xde baki tu heh? oke i memang dah bengang dah time tu kan. xboleh ke masa i tanya aritu (which is bulan oct) ko pegi cek kat dalam ofis yang berapa tapak je dari tempat duduk ko tu ada x nama kitorang dalam list penerima gaji. jangan lah malas sangat. itu duit kitaorang, tu keje ko. hah kan da marah. lepas tu my friend pun menghebah kan lah kat kitaorang dengan menghantar sistem pesanan yang sangat ringkas dan laju, yang lain bahawasa nya (wah ayat) duit gaji itu ada dan datang lah ambil supaya boleh lah nanti berjoli sakan kan (eh my friend tak ada lah suruh joli kan :PP) lepas tu masa itu i pun dah tak ada transport nak pergi. yea lah ktm public transportation semua jauh dari rumah so tak dapat lah pergi ambil. weekend for sure lah office tutup kan. tulah masa tu i tanya tak nak cek lepas tu menyusah kan orang nak kena datang berulang kali plak. so setelah sekian lama, semalam baru lah sempat i ambil.
semalam, die buat i bengang lagi. oke fine. memang i lambat ambil. tapi jangan lah nak menipu i. masa i datang tu, ramai lah jugak orang hq ada kat office tu. ada kursus apa ntah kat situ. diorang neh (not hq, but my branch), apa-apa tak pernah nak call inform suruh ambil gaji ke hape. da taw kitaorang ada gaji baki, sila lah call. jangan lah diam je lepass tu bila kita x ambil pegi bank in balik kt hq.oke i ambil lambat kn. so die cakap da bank in kt mane tah i xphm. i tak marah part tu sebab i taw, itu memang procedure. tapi yang i tak puas hati, ko jagan menipu boleh x. boleh x die cakap die dah call i tapi tak dapat dihubungi. tak ada alasan yang lebih logic lagi nak bagi kat i? dia takut lah tu, depan orang hq ramai lepas tu takut kantoi yang dia tak buat kerja call budak2 yang ada baki gaji ni. pegi tipu macam tu pulak. lepas tu dia pandang muka i dengan muka takut-takut seems like tolong lah jangan kantoi yang die mmg tak call i. cuak kau ! lepas tu ada orang tanya, macam mana tak dapat hubungi awak? i pun jawab lah orang lain call dapat je? den die tanya lagi, awak ada tukar number fon ke?bila masa saya tukar number fon? i tanya dia balik eh boleh tak macam tu haha ;DD kantoi lah situ kan kau tak call. lepas tu ada orang lain backup. kitaorang mesti call punya, mana boleh kitaorang tak call. eh boleh belah lah kau. malas buat kerja. macam i tak paham korang. dah lah banyak buat hal masa kitaorang buat practical kat situ. hilang kan document penting budak practical lah (budak lain lah, bukan i ;P) lepas tu lama lah i tunggu die urus kan ntah apa-apa call hq semua then dapat lah baki gaji i tu. haa. bengang betul bab menipu tu. kau lah bodoh kan nak menipu lepas tu buat muka kesian pandang i mintak cover jangan kantoi yang dia tak call. bodoh lah weh. lain kali jangan menipu. itu je. pasal tunggu lama semua tu i tak marah sebab memang i datang ambil lambat kan. tapi please yea jangan menipu. meluat tengok. nasib abik akak hq baik, handle dengan senyuman paling manis. i adore u lah akak ;)
oh before ambil gaji tu, movie marathon dulu, alvin and the chipmunk (i taw lah i dah ketinggalan zaman tengok cerita yang dah lama ;P) dengan old dogs. sumpah old dogs best. pergi lah tengok memang tak rugi oke ;) lepas tu ingat nak shopping tapi xsempat lah kejar masa kalau keluar lambat nanti jam. kalau jam nanti cousin i duduk satu lane je nanti pukul berapa nak sampai rumah? haha ;DD erk sorry2 syaza. tq bawak semalam heh. nanti ika da kerja, lepas tu beli kereta, lepas tu nanti ika plak bawak syaza k ;PP
oke lah, i nak sambung lipat kain. i kan suri rumah bergaji. kena lah rajin buat keja ;PP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
beshnyaa. mesti dpt shupink.
ReplyDeletebila pulak ko tinggi neh?haha
ReplyDeletexshopink lah awak. saya berjimat sekarang *kejap je tu ;PP
ReplyDeletebell; masa tu aku ada mimpi yang aku tinggi haha ;DD
ReplyDelete